TABUNGAN AKHIRAT:
BANTU PELAJAR TAHFIZ UNTUK MILIKI KEADAAN PEMBELAJARAN YANG SEMPURNA



Ada 7 jenis manusia yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak. Salah satunya adalah seperti sabda Rasulullah  :

"Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”  
(HR. Bukhari no. 1421)

.

Maahad Tahfiz Asy-Syatibi
atau dikenali dengan singkatan MTS ditubuhkan pada 3 Januari 2017 oleh Ustaz Zakaria Bin Ismail dan Ustaz Mohd Zahani Bin Abdul Ghani. Penubuhan maahad ini adalah atas inisiatif mereka apabila melihat generasi baru yang rata-rata tidak mempunyai asas yang kukuh tentang ilmu Islam terutamanya ilmu Al-Quran.

Penubuhan awal maahad ini bermula dengan sebidang tanah wakaf di Jalan Alur Lit, Bukit Payong, Marang. Tanah ini diwakafkan pada tahun 2015.

Pada tahun yang sama bangunan MTS didirikan di atas tapak tanah wakaf dan proses pembangunan (infrastruktur) masih berjalan sehingga kini dengan bermodalkan sumbangan orang ramai.

Blok bangunan terdiri daripada asrama pelajar lelaki, bilik warden, surau, perpustakaan, pejabat, bilik guru, kelas dan dewan serbaguna.



Pengambilan pertama bermula pada tahun 2017 di sebuah bangunan sementara iaitu; Bangunan KAFA, Masjid Titian Baru, Kg Kedai Buloh bagi pelajar lelaki dengan jumlah 26 orang. Peringkat permulaan pihak Maahad menggaji 3 orang guru dan dibantu oleh seorang warden serta seorang kerani pentadbiran.

MTS sudah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dengan nombor pendaftaran JHEAT.03-018/14/138 serta berdaftar dengan JAKIM dengan no -pendaftaran TZG4136 pada 7 Julai 2019.


ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH TUAN PUAN

 

SUMBANGAN ANDA YANG KONSISTEN TELAH MEMBANTU MAAHAD SYATIBI

 

Sejak program wakaf dijalankan pada tahun 2020 sehingga 2024, kita berjaya menyiapkan dan mendapat:

 

1)    Bangunan sekolah yang merangkumi:

-Kelas untuk pelajar

-Surau untuk kemudahan solat

-Pejabat dan bilik guru

 

2)    Pembelian van sekolah bagi pengangkutan para pelajar



 

DANA PENDIDIKAN & PENGURUSAN

Bilangan pelajar semakin meningkat. Oleh itu, pihak MTS memerlukan dana sebanyak 
RM 1.7 JUTA   bagi memenuhi semua keperluan guru-guru, staff dan pelajar .

Dana yang diperlukan Maahad Asy-Syatibi adalah sebanyak:

RM1,700,000


Antara keperluan yang diperlukan ialah :

i- Pembangunan Makmal Sains = RM 50,000

ii- Menaiktaraf sistem bomba = RM 150,000 (fasa 1)



iii- Bangunan tambahan Asy-Syatibi (tambahan kelas dan dewan akademik) = RM 800,000


iv- Pengurusan = Merangkumi bahan makanan, kos utiliti, gaji guru dan program intensif akademik


UNTUK MAKLUMAN TUAN PUAN, PIHAK MAAHAD SYATIBI KINI PELAJAR MAKIN BERTAMBAH DAN SEDANG DALAM PROSES UNTUK MENDAFTAR SEKOLAH BAGI MENGANJURKAN PEPERIKSAAN SPM SENDIRI.

MAKA DENGAN ITU, KAMI DIMINTA OLEH PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS SEBAGAI SYARAT UTAMA.




Proses baik pulih keperluan sekolah serta buku teks sekolah untuk setiap pelajar



DANA PERALATAN PEMBELAJARAN & FASILITI

Meskipun begitu, bilangan pelajar semakin meningkat. Pihak MTS berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan pelajar,guru dan staff. Berikut adalah peralatan yang masih diperlukan.

 



Pihak kami juga amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk keperluan barangan yang diperlukan. Tuan/Puan boleh menguhubungi pihak MTS bagi mengetahui keperluan semasa MTS.

KOS PENGURUSAN

Kos pengurusan ini diperlukan bagi membiayai keperluan yang diperlukan bagi perkara berikut:

1. Kebajikan Guru

2. Kos Pengurusan Pelajar & Staff: Aktiviti Ko-Kurikulum & Kurikulum

 

Sumber kewangan tetap maahad adalah sepenuhnya daripada yuran para pelajar. Pendapatan selebihnya adalah bergantung kepada sumbangan, infaq dan bantuan daripada ibu bapa dan orang ramai.


KEGUNAAN DANA

 



Pelajar tahfiz sedang fokus mendengarkan ceramah


Setiap sumbangan yang disumbangkan amat bermakna. Semoga dengan setiap sumbangan yang diberikan, pihak tuan/puan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam ketaatan, serta dikurniakan rezeki yang berkat.

Anak-anak tahfiz disini sentiasa mendoakan segala kebaikan buat pihak tuan/puan.


 Untuk Sumbangan Secara  Manual/Bank Transfer/CD , Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :  

Bank : BANK RAKYAT
Nama Akaun : Maahad Tahfiz Asy Syatibi
No Akaun :  110 006 791 4
Letakkan reference " SEDEKAH " untuk mudahkan pihak kami agihan dana.



Sijil Pendaftaran Maahad Tahfiz Asy-Syatibi


No Pendaftaran Pertubuhan : JHEAT.03-018/14/138




Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada  ANSI SYSTEMS SDN BHD.  Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran  termasuk RM1  caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi:  0137875043 (Maahad Asy-Syatibi)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG ASY-SYATIBI RM300
TABUNG ASY-SYATIBI RM250
TABUNG ASY-SYATIBI RM100
TABUNG ASY-SYATIBI RM50
TABUNG ASY-SYATIBI RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Maahad Asy-Syatibi JHEAT.03-018/14/138
assyatibionpay@gmail.com
+60145064873