MAAF, SEKOLAH KAMI SUDAH PENUH!
KAMI TERPAKSA TOLAK ORANG YANG NAK HAFAL QURAN
Ada 7 jenis manusia yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak. Salah satunya adalah seperti sabda Rasulullah
ﷺ
:
"Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(HR. Bukhari no. 1421)
.
Maahad Tahfiz Asy-Syatibi
atau dikenali dengan singkatan MTS ditubuhkan pada 3 Januari 2017 oleh Ustaz Zakaria Bin Ismail dan Ustaz Mohd Zahani Bin Abdul Ghani. Penubuhan maahad ini adalah atas inisiatif mereka apabila melihat generasi baru yang rata-rata tidak mempunyai asas yang kukuh tentang ilmu Islam terutamanya ilmu Al-Quran.
Penubuhan awal maahad ini bermula dengan sebidang tanah wakaf di Jalan Alur Lit, Bukit Payong, Marang. Tanah ini diwakafkan pada tahun 2015.
Pada tahun yang sama bangunan MTS didirikan di atas tapak tanah wakaf dan proses pembangunan (infrastruktur) masih
berjalan sehingga kini dengan bermodalkan sumbangan orang ramai.
Blok bangunan terdiri daripada asrama pelajar lelaki, bilik warden, surau, perpustakaan, pejabat, bilik guru, kelas dan dewan serbaguna.
PERMINTAAN TERLALU RAMAI!
KAMI TERPAKSA TOLAK.
Saban hari setelah melihat kejayaan demi kejayaan para pelajar kami, ramai ibu bapa memilih Maahad Tahfiz As-Syatibi sebagai alternatif persekolahan bagi anak-anak mereka.
Namun, bangunan asrama dan kelas kami telah penuh.
Kami berhasrat untuk membina bangunan tambahan untuk kegunaan kelas pembelajaran harian agar kami dapat menerima lebih ramai pelajar serta mendapat manfaat pembelajaran di sini.
Usaha ini sebenarnya telah kami mulakan sejak 2022. Kami sudah mendapat 1 bidang tanah bersebelahan tapak asal Maahad untuk dibangunan. Projek ini telah pun menelan belanja Fasa 1 sebanyak RM300,000, n
amun atas faktor kekurangan kewangan, pada tahun 2023
terpaksa diberhentikan seketika.
Sayang sekali, projek wakaf yang sangat bermanfaat ini kurang mendapat bantuan. Kini, kawasan sekitar telah ditumbuhi lalang dan seperti bangunan usang.
Gambar semasa 2024 projek bangunan tambahan
Pada 2024 dengan azam dan semangat yang baru,
kami gagahkan diri untuk meneruskan kembali projek ini.
Kami yakin dengan sifat dermawan tuan puan sekali, projek ini dapat dijayakan dengan sempurna seterusnya memberikan manfaat kepada 80 orang pelajar baru dan kawasan sekitar
Alur Lit, Bukit Payong.
INI LAH HARAPAN KAMI !
Bangunan tambahan yang tersegam indah untuk maafaat 200 orang pelajar Tahfiz yang menghafal 30 Juzuk Al-Quran.
Gambar 3D model bangunan tambahan As-Syatibi yang bakal siap dibina nanti
Pelan 2D bangunan tambahan Maahad Tahfiz As-Syatibi
ALHAMDULILLAH, TERIMA
KASIH TUAN PUAN
SUMBANGAN ANDA YANG KONSISTEN TELAH MEMBANTU MAAHAD SYATIBI
Sumbangan Wakaf tuan puan tidak pernah kami simpan dan bazirkan. Setiap sen yang disumbangkan akan dimanfaatkan untuk Maahad Tahfiz As-Syatibi.
Sejak program wakaf dijalankan pada tahun 2020 sehingga 2024, kita berjaya menyiapkan dan mendapat:
1) Bangunan sekolah yang merangkumi:
-Kelas untuk pelajar
-Surau untuk kemudahan solat
-Pejabat dan bilik guru
2) Pembelian van sekolah bagi pengangkutan para pelajar
3) Pembangunan Makmal Sains
4) Menaik taraf sistem bomba
Gambar bangunan asrama, kelas dan pejabat pengurusan yang sedang digunakan
KINI AS-SYATIBI SAH BERDAFTAR DENGAN KPM
KAMI ADALAH ANTARA MAAHAD TAHFIZ SWASTA YANG TELAH BERJAYA DIDAFTARKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Silibus yang di ajarkan adalah Tahfiz, akademik KPM dan juga pelajaran agama.
Kami komited dalam melahirkan generasi Al-Quran yang selari dengan silibus akademik demi memastikan kebolehpasaran pelajar lepasan Maahad Tahfiz As-Syatibi dalam mendepani perkembangan teknologi semasa.
INILAH SUASANA HARIAN PELAJAR KAMI
Para pelajar sedang menghafal Al-Quran. Alhamdulillah ramai dalam kalangan pelajar kami telah khatam menghafal 30 Juzuk Al-Quran.
Pelajar tahfiz sedang menghafal Al-Quran dalam kelas Al-Quran
Pelajar tahfiz sedang fokus mendengarkan ceramah
Pihak kami juga amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk keperluan barangan yang diperlukan seperti bahan binaan, pasir, simen, batu bata dan juga barangan mentah makanan. Tuan/Puan boleh menguhubungi pihak MTS bagi mengetahui keperluan semasa MTS.
KOS PENGURUSAN
Kos pengurusan ini diperlukan bagi membiayai keperluan yang diperlukan bagi perkara berikut:
1. Kebajikan Guru
2. Kos Pengurusan Pelajar & Staff
3. Aktiviti Ko-Kurikulum & Kurikulum
4. Kos Utiliti dan penyelenggaraan bangunan
5. Kos makan minum harian pelajar
Sumber kewangan tetap MTS adalah sepenuhnya daripada yuran para pelajar. Kos sebenar bagi seorang pelajar sebanyak RM600. Namun, bukan semua pelajar datang dari keluarga yang berkemampuan, tapi mereka mempunyai jiwa untuk menghafal Al-Quran di bangku sekolah.
Oleh sebab itu, kami hanya mengenakan yuran bulanan sebanyak RM250 bagi setiap pelajar.
Kos selebihnya adalah bergantung kepada sumbangan, infaq dan bantuan daripada ibu bapa dan orang ramai.
SEBAB ITULAH KAMI SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN SOKONGAN DAN BANTUAN TUAN PUAN
Setiap sumbangan yang disumbangkan amat bermakna. Semoga dengan setiap sumbangan yang diberikan, pihak tuan/puan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam ketaatan, serta dikurniakan rezeki yang berkat.
Anak-anak tahfiz disini sentiasa mendoakan segala kebaikan buat pihak tuan/puan.
Untuk Sumbangan Secara
Manual/Bank Transfer/CD
, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank :
Bank Rakyat
Nama Akaun :
Maahad Tahfiz Asy Syatibi
No Akaun : 110 006 791 4
Letakkan reference "WAKAFBANGUNAN" untuk mudahkan pihak kami agihan dana.
Sijil Pendaftaran Maahad Tahfiz Asy-Syatibi
No Pendaftaran Pertubuhan : JHEAT.03-018/14/138
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi:
0137875043 (Maahad Asy-Syatibi)